KOMUNITI TAMBUN TULANG
Tujuan blog Komuniti Tambun Tulang ditubuhkan adalah untuk memperkenalkan Tambun Tulang ke pelusuk negara.Kami bertanggungjawab untuk mempromosikan kegiatan yang dilakukan oleh penduduk Tambun Tulang,Contohnya usahawan-usahawan Tambun Tulang dan juga keiatan harian.
Thursday, 3 March 2016
Wednesday, 2 March 2016
Thursday, 18 February 2016
Pendidikan : Sk. Tambun Tulang
Alamat : Km 7, Jalan BN
02600 Arau Perlis
Tel : 04-986 6081
Faks : 04-986 6081
Sekolah Kebangsaan Tambun atau nama ringkasnya SK Tambun,
merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Tulang Km 7, Jalan Bn.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tambun memiliki 255 pelajar lelaki dan 234 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 489 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru.
Pendidikan : Kolej Komuniti
- Short DescriptionPENERAJU KOMUNITI BERILMU DAN BERKEMAHIRAN
- Long DescriptionKolej Komuniti Arau, Perlis (KKAP) mula ditubuhkan pada 12 Jun 2001 dengan menjalankan 2 Kursus Sepenuh Masa iaitu Sijil Pelukis Pelan Senibina dan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan). Pada awal penubuhan, Kolej Komuniti Arau, Perlis menumpang di Sekolah Menengah Teknik Arau, Perlis sementara menantikan kampus tetap di Tambun Tulang, Arau, Perlis untuk siap.
Pada bulan November 2005 Kolej Komuniti Arau, Perlis telah berpindah ke kampus tetap di Tambun Tulang, Arau, Perlis dan menjalankan 3 lagi Kursus Sepenuh Masa iaitu Sijil Komputer Dan Sokongan , Sijil Fesyen Dan Pakaian dan Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan. Pada Julai 2007, Kolej Komuniti Arau, Perlis menawarkan Kursus Diploma Teknologi Elektrik untuk pelajar kolej komuniti lulusan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan).
Bagi memenuhi keperluan fizikal program Diploma dan Kursus Pendek, Kolej Komuniti Arau, Perlis kini telah menyewa tiga premis rumah kedai yang diubahsuai memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran. Premis yang telah disewa bemula dari Julai 2009 ini terletak di Jejawi Arau, Perlis. Lebih kurang 7 kilometer dari kampus utama melalui Jalan UMNO, Longboh.
Secara keseluruhannya Kolej Komuniti Arau, Perlis sehingga tahun 2010 masih lagi menawarkan lima program sepenuh masa di peringkat Sijil, program Diploma tidak lagi ditawarkan dan digantikan dengan Sijil Modular Kebangsaan (SMK) iaitu Pemasangan Elektrik (PE) dan akan dikuti dengan kursus-kursus yang lain selepas ini iaitu selaras dengan saranan Kerajaan bagi mengukuhkan lagi Kolej Komuniti. Kursus-kursus pendek masih lagi ditawarkan dalam pelbagai bidang untuk seluruh lapisan masyarakat di negeri Perlis khususnya dan seluruh warga Malaysia amnya. - MissionMewujudkan peluang pembangunan potensi dan mencapai kecemerlangan pelajar lepasan menengah dan masyarakat setempat melalui pendidikan dan latihan
_________________________________________________________________
To provide secondary school leavers and the local community the opportunity to develop their potential and achieve excellence through education and training - Phone04-986 9800
HUBUNGI PI1M Tambun Tulang
ALAMAT
Pusat Internet 1Malaysia Tambun Tulang
Pusat Perkhidmatan Ilmu,
Jalan Tengku Budriah,
Tambun Tulang 02600,
Arau Perlis
Koordinat GPS: 6.377424,100.241027
Pengurus: Noor Faizah Binti Abdul Latif
Tel: +6 019-915 9208
Email: faizah@sprintzdesigns.com
Tentang Pusat Internet 1 Malaysia
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI1M
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan
Prinsip Pelaksanaan PI1M
- Kerjasama dengan Kerajaan Negeri
- Menyediakan premis yang sesuai
- Menanggung sewa premis jika tiada premis sendiri
- Rekabentuk dan peralatan yang seragam di semua lokasi
- Diurus oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik secara kontrak
- Beroperasi 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari
- Daftar sebagai Ahli PI1M
- Pendaftaran RM5.00
- Kad Ahli
Subscribe to:
Posts (Atom)