Kolej Komuniti Arau, Perlis (KKAP) mula ditubuhkan pada 12 Jun 2001 dengan menjalankan 2 Kursus Sepenuh Masa iaitu Sijil Pelukis Pelan Senibina dan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan). Pada awal penubuhan, Kolej Komuniti Arau, Perlis menumpang di Sekolah Menengah Teknik Arau, Perlis sementara menantikan kampus tetap di Tambun Tulang, Arau, Perlis untuk siap.
Pada bulan November 2005 Kolej Komuniti Arau, Perlis telah berpindah ke kampus tetap di Tambun Tulang, Arau, Perlis dan menjalankan 3 lagi Kursus Sepenuh Masa iaitu Sijil Komputer Dan Sokongan , Sijil Fesyen Dan Pakaian dan Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan. Pada Julai 2007, Kolej Komuniti Arau, Perlis menawarkan Kursus Diploma Teknologi Elektrik untuk pelajar kolej komuniti lulusan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan).
Bagi memenuhi keperluan fizikal program Diploma dan Kursus Pendek, Kolej Komuniti Arau, Perlis kini telah menyewa tiga premis rumah kedai yang diubahsuai memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran. Premis yang telah disewa bemula dari Julai 2009 ini terletak di Jejawi Arau, Perlis. Lebih kurang 7 kilometer dari kampus utama melalui Jalan UMNO, Longboh.
Secara keseluruhannya Kolej Komuniti Arau, Perlis sehingga tahun 2010 masih lagi menawarkan lima program sepenuh masa di peringkat Sijil, program Diploma tidak lagi ditawarkan dan digantikan dengan Sijil Modular Kebangsaan (SMK) iaitu Pemasangan Elektrik (PE) dan akan dikuti dengan kursus-kursus yang lain selepas ini iaitu selaras dengan saranan Kerajaan bagi mengukuhkan lagi Kolej Komuniti. Kursus-kursus pendek masih lagi ditawarkan dalam pelbagai bidang untuk seluruh lapisan masyarakat di negeri Perlis khususnya dan seluruh warga Malaysia amnya.
No comments:
Post a Comment